Rabu, 1 Jun 2016

Siri 2: Sambungan dari Pemahaman 1. Untuk diambil perhatian bagi memahami hakikat Qalbu. Teruskan untuk mengetahui seterusnya..

Jumaat, 13 Mei 2016

Assalamualaikum.wrb.

Terima kasih kepada anda yang sudi melayari blog saya ..

Nak tanya satu soalan boleh ?

Adakah Allah SWT sebutkan perkataan QALBU dalam Al Quran itu adalah JANTUNG atau HATI?




Apakah jawapan Anda? Pandangan anda adalah sangat berguna untuk mengetahui hakikat sebenar 

beberapa ramai dikalangan kita yang memahami hakikat Qalbu yang sebenar. Jawapan anda adalah 

ditunggu untuk meneruskan pembelajaran seterusnya...

Insya Allah sekiranya dipanjang umur dan diberikan kesempatan saya akan bersambung perbincangan ini..

Sebelum itu boleh tolong bagi jawapan diruangan komen dan share?TERIMA KASIH.. 

Selasa, 10 Mei 2016

Bahaya Kolesterol Jahat

Atherosclerosis atau sering disebut penyumbatan pembuluh darah karena plak lemak. Penyakit ini dapat menyebabkan kekurangan pasokan aliran darah pada otot jantung dan organ-organ vital lainnya. 

Sehingga, ini akan menimbulkan rasa nyeri pada dada yang berakhir pada kematian mendadak akibat serangan jantung. Penyumbatan darah sendiri dapat memicu sebuah kondisi yang membahayakan nyawa, salah satunya yaitu serangan jantung dan juga stroke.



Rabu, 2 Mac 2016

Punca serangan jantung berlaku

Apabila kolesterol atau bahan-bahan lain termendap di saluran-saluran jantung anda (arteri koronari), pembentukan plak akan berlaku menyebabkan saluran-saluran darah penting menjadi sempit. Ini seterusnya akan menganggu kelancaran perjalanan darah.

Proses penyakit ini dipanggil ateriosklerosis. Penyempitan saluran darah jantung mengakibatkan darah yang kurang oksigen dibekalkan kepada otot jantung. Ini boleh mengakibatkan sakit dada (angina pektoris) Jika plak yang terbentuk menyumbat sepenuhnya salur jantung, atau salur jantung pecah, ini akan mengakibatkan serangan jantung (infark miokardium).

Ahad, 28 Februari 2016

Jus sihat 4U mebantu menurunkan kadar kolesterol

📢    ✿✿📢                        ✿   Menurunkan Kadar KOLESTEROL Secara  
                        ✔ PANTAS   ✔MUDAH  Dan  ✔ SELAMAT  Dengan Izin Allah.
  
WOOW!
ALHAMDULILLAH ,TAK SANGKA SALURAN JANTUNG UNCLE

DAH BERSIH,TAK PERLU DAH BUAT BY PASS...

=======================================
>Uncle, awak sekarang Nampak banyak sihat maa..
👲
Ya saya sakarang sudah banyak sihat loo..

.
>Uncle, boleh cerita sikit apa rahsia jantung uncle boleh sihat banyak cepat dan tak perlu buat by pass.?
👲
Boleh,dulu wa punya kolestrol banyak tinggi dan ada 3 wayar di wa punya jantung sudah sumbat,doktor kata mesti kena buat by pass, kalau tak buat nanti boleh mati maa. Wa banyak takut ,wa tahu itu kos pun banyak mahal...

Wa sudah makan macam2 ubat ,tapi wa punya jantung tak ok, jadi terpaksa buat temu janji sama doctor. Itu doktor kata wa punya jantung mahu buat by pass.

Suatu hari wa terjumpa sama kawan lama, bila dia tahu wa punya jantung sudah sumbat mahu kena buat by pass, dia sudah ajar wa satu formula, dia suruh wa guna jus pati halia, lemon ,bawang putih, madu dan cuka epal.

Itu jus pati punya rasa banyak sedap, ada rasa manis, masam dan sikit pedas.....awak boleh cuba sendiri..he.he...awak mesti suka...

Lepas 2 minggu minum, wa punya kolestrol pun sudah turun..wa terus minum lagi, lepas lebih kurang 3 bulan minum itu jus pati .

Wa pergi jumpa sama doktor sebab itu hari ada buat appointment mahu buat by pass, doctor kasi check sekali lagi wa punya jantung sebelum buat by pass..doktor banyak terkejut macam mana wa punya 3 urat jantung sudah ok, doktor kata tak perlu buat by pass lagi...

Wah ,wa banyak gembira bila dengar itu doktor cakap wa punya jantung sudah ok..Itu duit wa boleh simpan balik dalam bank dan boleh kasi sama anak dan cucu ma..

Awak kalau ada masalah kolestrol tinggi @jantung tersumbat, Bolehlah cuba minum itu jus pati halia ,madu lemon,bawang putih dan cuka epal ni..

Tak de masa dan malas mahu masak ?
Boleh order dengan kak Mah ...kak Mah guna bahan2 yang berkualiti ,diperah tanpa campur dengan air,itu jus banyak pure dan kaw2 punya maa..

=============================================
Adakah kita yakin bahawa “Setiap penyakit ada penawarnya”?

Dalam Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan penawarnya"
( Sahih Bukari No. 5354 )
👉
Kenapa produk Jus sihat 4u kak Mah sangat bermanfaat dan berkualiti ?
Jawapannya;

✔Ramuanya yang digunakan adalah dari tumbuhan semulajadi, tanpa bahan kimia.

✔Tidak menggunakan air melainkan dari jus pati sebenar yang di compress dari bahan yang digunakan untuk membuat Jus pati ini.

✔Dihasilkan daripada 5 jenis bahan yang bermutu iaitu halia ,madu,lemon,bawang putih dan cuka epal .Dan khasiatnya memang telah diakui oleh para pakar perubatan
.
✔Kebersihan adalah keutamaan dalam menghasilkan produk ini.

✔100% dihasilkan oleh orang Islam.

✔Harganya adalah sangat berpatutan jika dibandingkan dengan kualiti bahan yang digunakan.
👉
Siapakah yang sepatutnya menggunakan produk ini?


✔Semua orang dewasa boleh mengamalkan produk ini walaupun tidak sakit.
Seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.

Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda: “...sihat sebelum sakit.. "di antara maksudnya di sini adalah, ketika mana Allah masih menganugerahkan kita sihat maka jagalah dan hargailah kesihatan dengan baik.
✔Orang yang tahu bahawa kolesterol dalam badannya tinggi adalah sangat digalakkan untuk mengambil produk ini.

✔Orang yang tahu bahawa dia ada tanda-tanda awal untuk saluran jantung tersumbat.

✔Jangan tunggu sehingga sudah teruk barulah nak cari ubat kerana Anda pun tahu bahawa Kos untuk pembedahan Jantung adalah sangat tinggi serta kos perubatan yang lain.

👉Adakah produk ini terbukti keberkesananya?
Kak Mah bercadang anda cuba minum dulu.....anda akan tahu sendiri akan keberkesanannya dengan izin Allah.
=====> Kata uncle Loo "lu minum jus pati halia madu ,lu punya kolesterol guarantee turut banyak".

Rabu, 25 Februari 2015

Mengapa Bayi Enggan Menyusu?



>>>Mengapa Bayi Enggan Menyusu?<<<<
Adakalanya bayi meragam tidak mahu minum susu ibu. Dia menolak penyusuan walaupun dilakukan pada waktu yang rutin. Mengapa terjadi hal demikian? Sebenarnya bayi yang tidak mahu menyusu badan bukan menolak terus susu ibu, tetapi dia sedang memberitahui anda tentang masalah yang dihadapinya. Jadi, anda perlu menyiasat dan mengenal pasti apakah masalah tersebut.
Beberapa sebab bayi biasa menolak penyusuan:
*Bayi tidak melekap dengan betul dan isi puting payu dara ibu yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Jika berhadapan dengan situasi ini, perbetulkan posisi pelekapan bayi atau dapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.
*Bayi menghadapi masalah sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).
*Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan spontan anda apabila dia menggigit puting payu dara anda.
*Bayi mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.
*Bayi dijangkiti selesema atau hidung tersumbat yang menyukarkannya bernafas semasa menyusu.
*Jika bayi kerap diberi campuran susu formula dan menyebabkan pengurangan pengurangan bekalan susu ibu.
*Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.
*Rutin bayi terganggu disebabkan berpindah rumah atau ibu kembali bekerja.
*Bayi berpisah dengan ibu untuk jangkamasa yang lama.
Walaupun perlakuan bayi menolak penyusuan ini merungsingkan ibu tetapi ia boleh diatasi dengan kesabaran dan kasih sayang dari ibu sendiri. Pastikan anda tidak berputus asa lalu mengambil keputusan menghentikan penyusuan susu ibu.
Semasa proses menyelesaikan masalah ini, ibu hendaklah memerah keluar susu dengan tangan atau pam setiap beberapa jam (sama kerap seperti bayi menyusu dulu). Ini dapat mengelakkan daripada berlaku masalah mastitis dan mengekalkan bekalan susu yang cukup.
Cara menangani masalah ini:
*Cuba berikan payu dara anda semasa bayi sedang tidur atau semasa dia paling mengantuk. Kebanyakan bayi yang menolak penyusuan susu ibu ketika berjaya akan menyusu semasa mereka mengantuk.
*Bawa bayi berjumpa doktor untuk mengetahui sama ada bayi mempunyai sebarang penyakit (seperti jangkitan telinga atau jangkitan kandida).
*Ubah posisi penyusuan anda.
*Susukan bayi sambil bergerak. Ada bayi lebih suka menyusu apabila dibuai atau dibawa berjalan berbanding disusukan semasa sedang duduk atau berdiri.
*Carilah bilik yang sunyi untuk menyusukan bayi. Biasanya, bayi yang berusia enam hingga sembilan bulan bertindak untuk menolak penyusuan disebabkan dia terangsang untuk meneroka dunia yang baharu dikenali. Bayi pada usia ini mudah mengalih perhatian kepada perkara lain dan selalunya lebih suka untuk "hisap main-main" di payu dara ibu dan tidak mahu menyusu dengan sempurna. Gunakanlah bilik yang agak gelap, sunyi dan jauh daripada bunyi radio atau televisyen semasa menyusukan bayi anda.
*Berikan sentuhan kulit dengan kulit yang kerap. Kain atau alat pendukung bayi boleh membantu anda berkedudukan rapat dengan bayi semasa tidak menyusunya.
Sebenarnya, tidak mungkin bayi yang berusia di bawah satu tahun yang terdahulunya menyusu dengan baik sudah mahu bercerai susu. Carilah punca dan jalan penyelesaian.
sumber pa ma
----------------------------------------------------------------
Ibu kekurangan susu badan dan bayi menangis kerana masih lapar susu ibu?
Cubalah minuman LHG Soyannis in sya Allah menambah susu badan ibu.
BERMINAT
SMS/WHATSAPP "LHG" ke 012-3155271 untuk dapatkan KELEBIHANNYA!! Arahan mudah pembelian diberi dalam sms. Sila ikut setiap arahan yang diberi dalam sms.
Sms SEKARANG..!



bit.ly/SoyannisEnterprise

Jenis-Jenis Madu

Jenis-Jenis Madu

MADU TUALANG

Madu Tualang merupakan madu lebah yang diambil dari pokok tualang hutan. Pokok tualang selalunya tumbuh tinggi di dalam hutan tebal dan
Madu Tualang dipercayai terhasil oleh lebah madu di dalam hutan yang mengambil nektar dari pelbagai bunga-bunga hutan (poliflora). Itulah sebabnya ramai yang mempercayai madu ini mempunyai nilai khasiat yang tinggi berbanding madu biasa yang lain.
Tambahan pula, sarang lebah madu tualang sukar dijumpai kerana pengutip madu lebah perlu meneroka jauh ke dalam hutan. Sesudah dijumpai, sarang lebah selalunya hinggap di dahan pokok tualang yang tinggi. Kesukaran menuai madu tualang menjadikan madu ini mendapat permintaan ramai dan boleh mencecah harga yang tinggi di pasaran.

MADU SIDR @ MADU YAMAN (YEMEN)

Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yemen yang termahal di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Pokok sidrMadu sidr dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Pokok sidr di Yemen dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.
Oleh itu, madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan.

MADU RATU (ROYAL JELLY)

Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu jenis ini adalah antara yang paling sukar didapati dan biasanya hanya diperolehi dalam kuantiti yang sedikit (sehingga beberapa ratus gram sahaja).
Madu ratu adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya lebah yang boleh reproduksi. Atas sebab-sebah inilah ramai yang mempercayai bahawa madu ratu boleh mendatangkan kesan yang sama ke atas manusia.
Walau bagaimanapun, madu ratu sangat sensitif kepada suhu dan tidak tahan lama. Oleh itu, penghasilan madu ini untuk kegunaan manusia perlu dilakukan secara segar dan biasanya disejukkan.

MADU PROPOLIS

Madu Propolis bukanlah madu sebenar dari bunga, tetapi terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka. Jadi, tidak hairanlah propolis bermaksud ‘pelindung bandar’ dalam bahasa Greek.
Madu propolis kaya dengan antibiotik flavonoid dan pengambilannya boleh meningkatan daya tahan penyakit.
Terdapat 2 jenis madu propolis – hijau dan perang. Madu propolis hijau lazimnya didapati di Brazil.

MADU MANUKA

Madu Manuka merupakan madu yang dimpot daripada New Zealand. Madu Manuka terhasil oleh madu lebah yang hidup berhampiran pokok manuka (Leptospermum scoparium), di kawasan luar bandar New Zealand yang mempunyai udara yang bersih.
Oleh itu, madu lebah manuka mengambil nektar dari satu jenis bunga sahaja (monoflora). Madu ini ada yang dihasilkan secara liar dan ada yang dihasilkan oleh lebah ternak.
Madu ini popular di pasaran antarabangsa kerana kandungan bahan anti-bakteria yang tinggi. Bahan anti-bakteria ini dipanggil Unique Manuka Factor (UMF) dan produk madu manuka diukur mengikut kadar kandungan bahan tersebut. UMF 10 hingga 16 adalah kadar yang disarankan bagi madu manuka yang berkesan untuk kegunaan merawat penyakit.

MADU KELULUT

Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut – sejenis lebah yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Sarang lebah kelulut selalunya dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah (tidak seperti sarang lebah biasa di atas pokok).
Sarang lebah kelulut
Madu kelulut warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Kuantiti yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga lebih kecil berbanding sarang lebah biasa – biasanya kurang daripada sebotol. Kebanyakan madu kelulut merupakan hasil hutan terutamanya dari Malaysia dan Indonesia.
Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.